Thursday, December 10, 2015

ShortVacation : Part 2 : Dataran Pahlawan _ Menara Taming Sari_Coconut Shake_Umbai (Ikan bakar)_Beca



Part 1 BACA SINI


Lepas lepak hotel dalam sejam ,rehat2 kan badan ..rehatkan dak tecik iesya barulah ktorang mulakan destinasi kami 

Terus ke Dataran Pahlawan _Lepak dekat mall cuci2 mata,ada pameran Doremon &  the geng .Biasalah bila ada anak tecik ini kadang2 memang tak larat nak dukung lagi2 dah dapat kaki kan nak bagi lepas jalan sendiri memang taklah bahaya lah ,alih2 cik husben kata kita naik kan dia dalam kete ini




Sewa lah dalam sejam dalam RM 25 nanti dia pulangkan balik deposit kita lupa ehh berapa... 
Mula2 naik bukan main suka dia tersengih2 ,mama n baba dia pun excited hokeyyy.

Tak sampai 5 minit kot dah mula dah...cebik je muka ..puas pujuk umpan tak layazzzz hokey,alih2 keluarkan gak kang menjerit tak pasal2 je...




Tengokkkkk




siapa yang OVER sebenarnya ini











~~~~~~~~~ hahahahaha ~~~~~~
mama over hokeyyy,nasib tak muat kalau x memang dalam itulah jawab nya



Lepas dipujuk ,dibelai dimanja diumpan akhirnya



Control ayuuuu si tecik ini...
Terus diam time ini,legaaaaaaaaaaaaaaaaaa dapat lah pusing2 mall ini dengan aman
hajat dihati nak beli beg tapi macam mahal lak .Tak sampai sejam pulangkan balik kete ini,dak tecik ini pun dah mengantukkkkk


Destinasi seterusnya

Ke Pantai Klebang ler kita yokkkkkk
menjamu Coconut Shakee...shakeee



Tapau je ,nak makan situ ramai giler orang... dak tecik iesya ini zzzz pulak kang mangamuk lak dia
tapau 3 bungkus terus bawak balik hotel simpan dalam peti ais terus ktorang ke Menara Taming Sari okay

Sebab itu ktorang cari hotel yang dekat2 senang nak ulang alik...



Menara Taming Sari
Dewasa : RM 20.00
Kanak2 : RM 10.00

Tapi tunjuk IC dapatlah diskaun
RM 15.00 sorang 


Dapatlah 2 botol air mineral & muffin



Bestttt..dapat tengok pemandangan Melaka
Sebenarnya dah lama azie nak naik ini ,akhirnya dapat gakk ..rozokiii katakan








iesya time ini relaks je hokey,ktorang laki bini sibuk bergambar dia tengokkklah tu....

" iesya wt pe tuuuu "


Biasalah bila ada anak tecik ini lagi2 dgn cuaca panas memang cepat dia meragam,kehulu ke hilir aazie bawak payung n kipas kecik .Lepas je naik ini ktorang ke Gerai2 dekat luar itu shopping sikit beli belacan lah asam lah..asam pedas lah tapau makan kt hoteell..lapar weyyy


Lepas habis xtvt petang itu terus balik hotel,rehat2kan badan .Malam itu plan nak ke Umbai makan ikan bakar .Nak jadikan cerita naik je kereta iesya pun yakkk naiklah bilik balik setelkan dia dulu..Lepas dh kosong perut tu apalagi bantai tido jelah sepanjang jalan nak ke Umbai


Cehhh dah hafal weyy jalan kesana...



Time sampai memang ramai gak orang biasalah cuti skola.. 
Pilihlah Ketam masak black pepper,udang & sotong masak sambal n kerang rebus + Nasi putih + Nasi lomak + air tembikai jug..


Nak dijadikan cerita tak sempat makan dak tecik dah wat hal,serba tak kena,nasib suruh cik husben makan dulu.time azie nak makan dak tecik ini dah meragam je semua tak nak alih2 azie kata kt cik husben baliklah ,lauk2 tadi bungkus kang stay lagi situ cian tengok dak tecik nie..
Memang sabar jelah 


Dlam kereta dia gelak2 ,alahai anakkk mama...ilang selerooo mama tauuu hmmmm..Cehh cik husben bawak naik beca memang sukalahh kita ..RM 35  hokey kot bila minta kurang xdapat dia kata cuti skola kalau tak mau cecah RM 45 tauuu..


Hai hello kitty


pic ktorang ini pun abg beca ni tulun ambikkan ,sporting je tapi tengok gaya dia bawak pun kita dah tahu letih ke idakk kan..tambah berat ktorang anak beranak + berat beca + kiralah sndiri hahahahhaa.
dia bawak sampai tempat nak bot.. dia kata naik bot dalam 45 minit cmtu.. makaii lama xjadilah lagipun dah malam kan cian kt anak


Bestnya nai beca malam2 sejuk je... lepas tu beca itu pun warna warni je siap ada lagu hokeyyy .. menarik perhatian org .Lepas xtvt malam itu terus balik hotellll & zzzzzzzzzzzzzzz letihhhhh...


Next Entryyyy ke ZOO MELAKA 

1 comment:

  1. Kita last ke bndar hilir msa lpas snding kt mlka. Pastu smpai ke sudah x pergi2 lagi. Haha.. Nti nk pergi bwak zara jln2 kt sna la. Heee

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..